Cara Mudah Whatsapp (tanpa perlu save no telefon terlebih dahulu)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ok posting saya kali ini adalah tentang kemunculan link yang boleh 'Auto Whatsapp'. Topik yang terhangat di kalangan usahawan online sejak minggu lepas.

Ini adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman serta berdasarkan beberapa rujukan yang telah saya buat selama seminggu ini.

Apa maksud 'Auto Whatsapp' - ialah apabila prospek klik link tersebut, mereka boleh terus Whatsapp anda (dah tak perlu nak save nombor telefon).

Bukan setakat itu, yang menariknya ialah anda juga boleh masukkan pre-filled message supaya prospek boleh terus tekan Send tanpa perlu taip apa-apa.

Link ini berfungsi bila orang klik guna phone ataupun laptop yang ada Whatsapp Web.

Nak try?
Cuba klik link ini untuk terus wasup saya

Nak try masukkan message terus? anda boleh juga cuba yang ini!
Cuba klik link ini untuk terus wasup saya termasuk message

Menarik Kan?



Ramai yang dah guna teknik terbaru ini dan Alhamdulillah ada peningkatan dari segi respon @ Whatsapp yang masuk.

Anda pun boleh lah cuba :)

Kalau tak tau macam mana nak buat, boleh teruskan membaca, saya ada sertakan caranya untuk memudahkan anda mencubanya...

Ianya sudah mempunyai 2 versi yang mana,
Versi 1 
# Tak perlu register.
# Cara sangat senang dan ringkas.
# Tambah "+" jika mahukan jarak/space antara perkataan.

Versi 2 
# Perlu register
# Lebih power tapi perlu register terlebih dahulu dan bestnya ianya adalah PERCUMA!
# Personalized URL & lebih pendek.
# Lebih mudah diingat.
# Boleh lihat berapa banyak klik.
# Boleh lihat klik dari mana (FB, Web, IG dll).
# Letak FB Pixel ID & Adwords Tag sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk guna versi 1,
hanya ikuti beberapa langkah seperti dibawah:

Langkah 1 : 
taip "http://www.wasap.my/[notelefon]"

kemudian "gantikan [notelefon] dengan nombor anda dimulakan dengan nombor 6"

Langkah 2 :
taip "http://www.wasap.my/[notelefon]/[mesej]"

kemudian "gantikan [notelefon] dengan nombor anda dimulakan dengan nombor 6" dan gantikan [mesej] dengan mesej anda mahukan"

Langkah 3 :
copy dan paste dimana anda mahukan seperti facebook, instagram dan lain2.
nanti bila ada prospek klik link tersebut ianya terus dibawa kepada whatsapp anda.
refer gambar dibawah!

View menggunakan komputer/laptop

View menggunakan telefon
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Versi 2 pula seperti dibawah
Langkah 1 : 

buka link ini untuk daftar terlebih dahulu "https://manage.wasap.my" lepas tu klik pada bahagian "DAFTAR PERCUMA SEKARANG!"

Langkah 2 :

Lengkapkan semua butiran seperti yang diminta dan tekan pada butang "Submit"

Langkah 3 : 

Lepas pendaftaran berjaya, login menggunakan email dan password semasa daftar tadi. dan klik pada "Masuk"

Langkah 4 : 

Ini contoh link yang telah saya buat. Macam mana nak buat link baru? anda hanya perlu klik pada "Add Link".

*Pada bahagian "Link", anda boleh tulis apa je yang anda mahukan. contoh saya namakannya "ikhtiarsihir". 
##Jika nama yang anda masukkan telah ada orang lain guna, anda perlu tukar kepada nama yang lain.

*Pada bahagian "Phone", anda perlu masukkan no fon anda yang mana prospek klik link nanti terus ke whatsapp anda.

*Pastikan masukkan "6" di hadapan no anda, contoh "601115075740".

*Bahagian Pre-filled Text pula, anda boleh terus masukkan apa mesej yang nak prospek anda hantar kepada anda. contohnya saya masukkan "IKHTIARPENAWARSIHIR".

*"Facebook Pixel ID" pula anda boleh masukkan jika anda pernah buat fbads, jika tiada sila kosongkannya sahaja.

*Sama juga dengan "Google Conversion ID" masukkan jika anda ada buat google adwords, dan kosongkan jika tak berkaitan dengan anda.

*Setelah semua selesai, anda hanya perlu tekan pada butang "Add". 
Link anda telah berjaya di cipta. Seterusnya copy dan paste link tadi untuk diuji dan diberi kepada prospek anda.

Ini contoh link yang telah berjaya saya create tadi. Pendek kan linknya berbanding yang versi 1 tadi.
"http://ikhtiarsihir.wasap.my"

SELESAI...!!!


Okay, rasanya setakat ini dulu untuk kali ini,
Semoga perkongsian kali dapat memberi manafaat kepada anda!

Selamat Maju Jaya.

Ikhlas,
Mohamad Ezani Ismail a.k.a EMBiz
ezaniismail.blogspot.com

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :)
Inn shaa Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.

Comments

Post a Comment

Popular Posts