Kos Poslaju Semakin Mahal? Jangan Risau Saya Ada Penyelesaiannya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kita pada entry saya kali ini.
Okay, kali ini saya nak bahas berkenaan Kos Postage semakin Mahal.

Tahukah anda harga poslaju telah dinaikkan secara rasminya pada tanggal 15 Oktober 2016 lalu. So sebagai alternatif untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan bisnes tu, bolehlah guna EASYPARCEL.


Macam saya, sebelum ini saya bergantung 100% dengan Pos Laju Malaysia sebagai kurier utama untuk penghantaran order dari blog jualan saya. Alhamdulillah, setakat ini 99% berpuas hati dengan perkhidmatan mereka (walaupun kekadang saya baca komplen-komplen yang murni di page-page mereka... :)


Jom kita kenali apa itu EASYPARCEL?


EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar tu . 

Senang cerita EASYPARCEL ni buat JV dengan kurier company.

EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki akaun kita.





Kenapa anda PERLU pilih EASYPARCEL ??

  • Lebih murah berbanding postage biasa.
  • Jimat masa dan tenaga, 
  • Tak perlu beratur panjang dekat pejabat pos kerana ianya datang pickup dekat rumah anda terus.
  • Pelbagai pilihan kurier ada dalam EASYPARCEL seperti Poslaju, Skynet, Nationwide & Airpak.
  • Boleh compare harga penghantaran untuk setiap syarikat kurier untuk lebih penjimatan.
  • Sistem tracking automatik didalamnya, tak perlu buka website lain untuk trace tracking.
  • Dapat free flyer EASYPARCEL limited edition setiap kali topup kredit RM500 ke atas.

Korang nak tahu tak, masa saya mula-mula guna EASYPARCEL dulu kalau tak silap dalam bulan Mac 2016, masa tu harga RM5 je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung Malaysia. Tapi sekarang dah naik jadi RM6 flat rate disebabkan poslaju naik harga pada Oktober 2016 tempoh hari.

Bagi saya RM6 tu masih murah lagi la sebab direct dengan poslaju 500gm pertama dah RM6+, kalau 500gm - 750gm dah kena RM7+, dan 750gm - 1kg dah jadi RM9+. Di sini kelebihan EASYPARCEL yang saya cakapkan tadi...

Yang paling best sekali, korang boleh jimat masa dan tenaga kerana tak perlu lagi nak gaduh beratur dekat POSLAJU yang panjang tu. kerana dengan EASYPARCEL ni korang masukkan je alamat nanti dia datang collect dekat rumah / office korang sendiri. Bestnye kan kan... hihihi.

"Wahhh... bestnye EASYPARCEL ni siap datang amik dekat rumah kita lagi, macam mana cara nak daftarnya?? Saya dah tak sabar nak menggunakannya ni admin".


Sabar semua, saya pasti korang memang dah tak sabar nak cuba menggunakannya kan?
Ok jom kita belajar macam mana nak gunakannya dan apa step pertama yang korang perlu buat...
PASTIKAN anda baca sehingga habis tau..



Step 1 :
Korang hanya perlu mendaftar akaun dahulu, jangan risau kerana ianya PERCUMA & siap dapat RM25 kredit free lagi semasa pertama kali daftar akaun. Klik DISINI untuk daftar akaun baru. Seterusnya masukkan email anda dan tick pada petak "I accept... dan klik pada Sign Up". Korang boleh juga register menggunakan facebook atau google+.


Step 2 :
Isi semua maklumat yang diminta, dan klik pada "Save and Get Started"


Step 3 : 
Seterusnya anda perlu verify akaun, masukkan kod yang dihantar ke sms no telefon anda pada bahagian "Mobile Verification Code" dan klik "Verify".


Step 4 : 
Verified berjaya, klik pada bahagian "Dashboard" untuk tengok details.


Step 5 : 
Akaun EASYPARCEL anda telah 100% berjaya didaftarkan. Kredit free RM25 telah dimasukkan automatik ke dalam akaun easyparcel anda. Dah boleh terus buat penghantaran sekarang.


Nota 1Bagi melayakkan anda mendapat harga RM6 flat rate (VIP Rate) untuk item 1kg ke bawah anda perlulah membuat topup kali pertama. Korang boleh topup serendah RM100 saja untuk tempoh 1 bulan. Saya galakkan awak buat topup dahulu sebelum gunakannya bagi mendapatkan VIP Rate.

Nota 2 : Tiada masalah jika anda terus nak habiskan kredit free RM25 yang diberikan dahulu, akan tetapi anda takkan dapat RM6 flat rate, mungkin rate anda dapat sekitar RM7.50 - RM9.90 untuk 1kg ke bawah berbeza mengikut kurier pilihan anda. Cuma nasihat saya baik korang topup dulu sebelum guna sebab lepas ni kredit tu dah abis korang tetap kena topup jugak kan. Daripada anda bayar harga RM9.90 untuk item 1kg kebawah baik anda bayar RM6 je kan, dah beza untung RM3.90 satu postage. Bayangkan kalau 5 postage dah berapa banyak anda jimat?? 

Pikir-pikirkan lah, apapun ianya pilihan anda, buatlah pilihan yang bijak untuk bisnes anda. Di bawah contoh harga biasa sebelum topup dan harga VIP selepas topup.

Your Rate adalah harga anda. Ianya mahal kerana anda belum membuat sebarang topup 

VIP Rate akan berubah ke Your Rate anda setelah anda membuat topup ke dlm akaun EASYPARCEL anda. Banyakkan bezanya, lebih baik topup kerana kita tetap nak gunakannya nanti.


Okay seterusnya saya nak ajar korang cara nak request postage pulak yea..
Senang je hanya dengan beberapa langkah mudah.



Step 1 :
Korang klik pada "Dashboard" sebelah tepi kiri, kemudian korang nampak petak warna pink tu? isi semua yang berkaitan, seterusnya klik pada "Quote & Book". Pastikan poskod yang betul bagi mengelakkan barang dihantar ke hub yang salah. 

Contoh disini saya masukkan poskod untuk poskan barang dari Kelantan ke Selangor dan berat 1kg. Pastikan korang masukkan berapa berat barang tersebut betul-betul, jangan lah berat 2kg korang tulis 0.8kg pulak, kalau salah nanti kantoi korang kena caj tambahan pula. Untuk senangkan, kerja korang sediakanlah satu penimbang khas untuk timbang parcel korang tu.



Step 2 : 
Akan keluar satu scheduled dimana terpapar harga yang berbeza-beza mengikut kurier. Korang boleh pilih kurier mana yang berkenan di hati nurani korang kemudian klik pada petak biru sebelah kanan "Book Now" mengikut kurier pilihan anda.

Nota 3 : Kenapa ada dua nama kurier yang sama? ada perbezaan sebenarnya kenapa diorang buat dua nama, cuba korang perhatikan gambar diatas, contoh poslaju paling atas sebelah dia ada bentuk macam kotak kan, dan poslaju bawah pula macam kertas

Itu membezakan item anda adalah jenis dokumen atau parcel bagi memudahkan pihak kurier menghantar pengangkutan yang betul untuk collect barang anda. Mengikut standard postage dokumen adalah item yang ringan kurang daripada 2kg, parcel pula dikelaskan item yang berat melebihi 2kg. Nak senang cerita, kalau barang tu kecil korang pilih je yang dokument, nanti poslaju datang collect dengan motor, jika korang pilih yang kotak tu nanti poslaju datang dengan van yang besar.


Step 3 :
Satu popup notice akan terpapar seperti diatas, dia memberitahu anda sediakan printer untuk print airway bill macam yang poslaju biasa gunakan tu setelah selesai nanti.



Step 4 : 
Isi semua details yang diperlukan seperti diatas, tick pada petak i aggree dan klik "Next Step" pastikan korang isinya dengan betul yea. Lagi sekali saya nak ingatkan poskod tolong double check takut-takut salah tulis nanti salah hantar ke tempat lain naya pelanggan anda menunggu barang tak sampai-sampai lagi ☺☺☺ 



Step 5 : 
Klik pada petak hijau sebelah kanan yang simbol troli "Check Out" untuk teruskannya.



Step 6 : 
Seterusnya klik pada petak biru sebelah bawah kanan "Pay With Credit Now".




Step 7 : 
Kemudian untuk confirmkan booking korang perlu klik "Confirm and Continue Now".



Step 8 : 
Payment Successful, booking korang telah berjaya dihantar. Seterusnya klik "Print Now" dan klik "OK".



Step 9 : 
Print airway bill yang telah korang download tadi, ianya berfile pdf dan ada dua helai bersaiz A4 dan korang perlu potong 4 bahagian, helaian yang ada tulis "Salinan Pengirim" tu korang amik untuk simpanan korang dan selebihnya masukkan semua ke dalam plastik parcel korang.

Lepas tu, korang bolehlah tunggu pihak kurier datang collect barang dekat rumah / ofis korang. Selalunya kurier akan call terlebih dahulu untuk pastikan dengan korang betul ke ada parcel untuk di collect pada hari tersebut. Akan tetapi kadang-kadang ada juga masa diorang tak call pun tengok dah sampai depan rumah...

"Agak-agak pukul berapa orang kurier datang rumah yea??"


Sama macam diorang hantar barang la, xde specific masa, Diorang akan datang collect bermula jam 12 tengahari hingga 6pm. Pastikan ada orang dekat rumah / ofis yea, kerana diorang ada banyak tempat nak singgah dan collect parcel pickup. So bersabar dan tabahlah menunggu dengan kesabaran setinggi Gunung Kinabalu, kikiki...



Korang boleh lihat semua details dan rekod pengeposan yang telah korang buat di dalam sistem ini, Siap boleh tengok status barang telah selamat sampai atau belum lagi tau. 

Korang hanya perlu klik pada tulisan biru di kolum sebelah kiri "Tracking No". No tulah korang perlu bagi kepada customer nanti. Bila klik atas tulisan biru tu automatik akan keluar semua details korang punya status sheepment. Boleh refer gambar dibawah ni.


Sangat senang dan sangat-sangat details kan? Korang dah tak perlu nak susah-susah copy paste tracking no dan trace dalam website Poslaju, Skynet, Nationwide dan etc. Hanya dengan satu klik je terus terpapar semuanya...

"Macam mana nak check baki kredit dan cara nak topup kredit nanti?"


Senang jelah, korang hanya perlu ikot cara seperti dibawah ni je.

Klik pada "Dashboard" untuk lihat baki kredit korang.
Untuk topup korang klik pada kotak warna merah "Top Up".




Kemudian korang boleh la pilih nak pakej mana berkenan dihati untuk topup, Sekarang tengah promosi ada serendah RM100 campur GST jadi RM106 je... Tapi saya selalunya pilih topup RM500 kerana nanti akan dapat free 50pcs Flyer EASYPARCEL limited edition tau, warna pink siap ada love lagi... Cantik bak hang... tak caya tengok gamabr bawah ni...


Nilah flyer yang saya selalu dapat free setiap kali topup RM500.

Kalau korang tak nak flyer free pun xpe, korang boleh juga beli dekat website ni. Kalau nak guna flyer poslaju pun boleh je, pergi beli dekat pejabat poslaju sendiri. Nak packing guna benda lain pun boleh janji kemas dan selamat. Kalau packing macam cincai je nanti kurier akan reject tak mau terima tau.


Nak beli sendiri taknak yang bagi free? Nah beli la yea, tp bagi saya harganya agak mahal mungkin sebab limited edition kot. Saya lebih rela topup dan dapat flyer secara percuma, taklah rasa rugi kan kan?? Ada banyak pakej untuk korang topup nak dapatkan flyer free, lagi banyak nilai korang topup lagi banyak flyer free korang dapat tau.

Jom tengok cara nak topup pulak


Korang boleh pilih nak bayar guna Credit Card / Debit Card, nak guna Online Banking pun ada. Tiada sebab korang kata susah nak topup kan...kerana agak senang je kerana dah ada payment gateway disediakan. Hanya klik je terus direct ke bahagian payment, dah tak perlu nak pergi bank masukkan duit melalui CDM lagi.

Rasanya setakat ni dulu celoteh saya untuk kali ini, apa yang saya nak bagitahu korang adalah EASYPARCEL ni memang sangat-sangat membantu para peniaga dan berguna jika korang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online dirumah mahupun pejabat, boleh request pickup.

Kalau pada hari tu korang ada urusan nak keluar rumah, korang boleh juga bawa semua parcel korang tu pergi drop je dekat mana-mana pejabat atau cawangan kurier yang korang pilih, xperlu nak beratur dah just cakap nak drop barang EASYPARCEL atau boleh juga cakap nak drop barang guna akaun.

Lagi satu sebelum terlupa, untuk pickup pada hari yang sama korang perlu masukkan dalam sistem sebelum jam 11.30am setiap hari tau, lepas je 11.30am barang korang akan di collect pada hari esoknya... Kalau korang dah kautim dengan driver yang datang pickup tu xpelah boleh call je suruh dia datang collect kan...

Okaylah, rasanya cukup setakat ni dahulu kali ni,
Semoga perkongsian ilmu saya kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda yang membacanya.

Sekiranya anda masih kurang faham, mempunyai masalah dan ada soalan bolehlah komen dibawah, Insya Allah saya cuba jawabnya secepat mungkin. Bagi yang nak join group EASYPARCEL Support Telegram yang saya buat boleh klik DISINI. Saya buat group ni untuk membantu korang yang mempunyai masalah berkaitan EASYPARCEL sahaja tau...

Selamat Maju Jaya,

Ikhlas,
Mohamad Ezani Ismail a.k.a EMBiz

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :) 
Inn shaa Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.

Comments

Popular Posts