CPU-Z Membantu Anda Di kala Memerlukan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terima kasih kepada anda yang sedang membaca blog saya ni.
Ok harini saya nak share tentang topik CPU-Z...

Mesti anda tertanya-tanya apa itu CPU-Z kan??
Mari saya terangkannya.





CPU-Z adalah utiliti percuma dari CPUID yang mana
ianya dicipta untuk mengumpulkan maklumat mengenai beberapa peranti utama sistem dalam komputer anda seperti :

  • Nama Processor dan nombor, nama kod, proses, pakej, tahap cache.
  • Mainboard dan chipset.
  • Jenis ingatan, saiz, pengaturan masa, dan spesifikasi modul (SPD).
  • pengukuran masa sebenar kekerapan dalaman setiap teras ini, kekerapan ingatan.
Enjin pengesanan CPU-Z kini boleh didapati untuk kegunaan khusus melalui Sistem Maklumat Pembangunan Kit CPUID, SDK profesional dibina untuk Microsoft Windows & Android.

Bagi saya, software CPU-Z ini amat membantu dikala saya memerlukan. Saya gunakannya apabila ada
pelanggan yang mahu upgrade RAM, upgrade Grafik, dan lain-lain lagi.

Anda boleh download software CPU-Z secara percuma DISINI

Untuk pengetahuan anda, Banyak faedahnya yang kita dapat daripada software ini. Paling penting kita dapat mengetahui @ semak :

MAINBOARD

Apa jenis Mainboard yang digunakan dalam komputer kita.

MEMORY
Boleh semak juga Jenis Memori dan saiz memori (RAM). Contoh DDR3, 3GB.

SPD


Anda juga dapat check berapa Slot RAM dan berapa siaz RAM yang ada di dalam komputer.

GRAPHICS
Dapat tahu jenis Grafik, saiz memori Grafik, clocks core Grafik anda.


Jangan lupa download software CPU-Z secara percuma DISINI


Oklah, 
rasanya itu sahaja untuk hari ini...



Ikhlas
Mohamad Ezani Ismail a.k.a EMBiz

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :) 
Inn shaa Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.




Comments

Popular Posts