Mudahnya Install Semua Software


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua?
Dah makan ke belum ni?
hihihi...

Saya nak share sikit la satu benda yang selalu memudahkan kerja saya. Amat saya syorkan kepada anda semua untuk mencubanya. Insya' Allah  amat berguna!!

Selalunya lepas je  format komputer, satu kerja yang wajib nak kena buat ialah install driver and basic2 software untuk user guna. So sekarang saya taknak share pasal cara mudah install driver, tapi saya nak share cara paling mudah, senang, jimat masa, efficient and so on lah pasal install sume basic software application. Aplikasi ini dipanggil NINITE..!


Yang menarik tentang Ninite ini ialah lepas je selesai klik untuk beberapa langkah, terus boleh tinggal pergi buat kerja lain kerana ianya akan berjalan dengan sendirinya. Dengan bahasa lain, semua kerja download dan install software tadi berkerja secara automatik. Yea betul, ianya automatik, best kan bunyinya tu...


Mesti anda semua dah tak sabar kan? Ok, jom kita terus belajar tentangnya...

Senang je, just follow step yang saya dah sediakan seperti dibawah :-

Step 1 :
Lawati website ini NINITE

Step 2 :
Seterusnya korang boleh lah pilih/tick software mana yang nak install, janganlah pilih semua terus nanti tak pasal-pasal kena tunggu 2-3 hari baru selesai. Hihi..

Step 3 :
Lepas dah pilih/tick semua yang korang mahukan tadi, klik pada 'Get Your Ninite'.


Step 4 : 
Seterusnya tunggu sehingga download selesai dan korang open aplikasi exe yang dah siap download tadi kemudian tekan 'RUN'. then korang tunggu jelah sehingga selesai.






Step 5 :
Setelah semua selesai, korang boleh la klik pada 'Share Ninite' jika mahu share kepada kawan-kawan facebook anda. Jika nak tengok details yang dah berjaya diinstall tadi boleh klik pada 'Show details' dan jika korang ada pape komen or feedback bolehlah klik pada 'Write feedback'.

Jika tidak, korang boleh terus je klik 'Close'. Then bolehlah semak semua software tadi pada 'Windows > All Programs'.

SELESAI...


Semoga perkongsian kali dapat memberi manafaat kepada anda!

Selamat Maju Jaya.

Ikhlas,
Mohamad Ezani Ismail a.k.a EMBiz
ezaniismail.blogspot.com

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :)
Inn shaa Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.

Comments

  1. Luckyland Casino in East Windsor - jtmhub.com
    Luckyland Casino Resort 경상북도 출장안마 (East Windsor) · 통영 출장마사지 Casino · Casino · Hotel 밀양 출장마사지 · 광명 출장안마 Restaurants · Entertainment · Events. Visit Jtm Hub for 안양 출장안마 details

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts