File Dlm Pendrive & Laptop Jadi Shortcut


Ada sorang student UITM Shah Alam datang nak print assignment, bila cucuk je pndrive, buka tengok semua file dalam pendrive hilang/dah xde.

Apa lagi mengelabah lah student tu, siap nak nangis bagai. Mana taknya 1jam lebih je lagi masa utk hantar. memang dah lumrah student buat assignment last-last minit, saya masa belajar dulu pun sama jugak,bukan kata kat org lain pun hihihihi.

Saya tanyalah sebelum dtg td ada cucuk kt mana-mana ke pendrive tu, dia kata cucuk kt laptop member je tadi nk siapkan assignment.
Kesian pula saya tengok, so saya kata meh sini pendrive tu nk tolong, tak sampai 3minit saya buat, semua file yg hilang tadi dapat kembali. Punyalah hepi student tu siap melompat-lompat kegembiraan.

Wahh, hebatnye abang buat magic apa sampai boleh dapat balik semua file yg dah hilang tadi? student tu bertanya pada saya.



Tak ada Magicnye, hanya dengan berbekalkan sedikit ilmu, jawab saya. kemudian student tu terus tersenyum dan ucapkan terima kasih.
Pernah tak perkara ini berlaku kat korang semua?

Meh saya nak share sikit Ilmu yang paling senang untuk kembalikan semua file dlm pendrive or laptop korang yang dah jadi shortcut disebabkan virus. Kalau korang hantar kedai kadang2 kena cas jugak, so lepas ni bolehla cuba buat sendiri ek


Ikuti beberapa langkah berikut :-

Step 1
Tekan "Windows+R" serentak nanti akan keluar "RUN" dan taip "cmd" pada kolum "open" dan enter.
@ buka "cmd" pada Windows>All Program>Accessories>Command Promph.






Step 2
Selepas buka "cmd" anda perlu pilih drive mana yg nak di repair, contohnya sy ambil drive F kerana pendrive sy berada di drive F. Anda perlu taip "F:"




Step 3
kemudian enter, akan keluar "F:\>"
{standard laptop/pc drive C utk windows, drive D utk data, so kalau masuk pendrive akan jadi drive E dan ke atas}.




Step 4
Kemudian anda perlu taip " attrib -s -h *.* /s /d" dan enter.




Step 5
Tunggu sehingga keluar balik perkataan ini "F:\>"


Step 6
Setelah perkataan ini keluar "F:\>" bermakna anda telah berjaya.




Step 7
Terakhir, anda sudah boleh buka file dlm pendrive anda tadi, akan kelihatan semua file-file yang selama ini hilang/hide disebabkan virus.
SELESAI...




(Saya sertakan juga contoh print screen utk rujukan)

p/s : sori jika ayat/perkataan saya berterabur kerana "iamnubis" baru nak belajar menulis,berkongsi ilmu pada semua pengguna.

semoga bermanfaat.
Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :)

Comments

Popular Posts