5 Keburukan Mengformat Komputer
Tahukah anda, mengformat komputer juga mempunyai keburukan. Oleh sebab itu ilmu Format penting untuk anda pelajari sebelum anda mula mengformat komputer.
Anda tidak digalakkan menformat komputer atas sebab - sebab
berikut:-
KEBURUKAN PERTAMA :
Menformat komputer dengan kerap merupakan
satu pembaziran waktu dan tenaga. Secara lazimnya menformat komputer
mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah sehingga 3 jam jika banyak
perisian yang perlu dipasang semula.
KEBURUKAN KE 2 :
Menformat komputer boleh mengakibatkan kehilangan maklumat penting secara kekal. Apabila anda menformat komputer segala settings dan ketetapan komputer anda akan hilang. Ini termasuklah username dan password bagi semua akaun perisian dan perkhidmatan Internet seperti e-mel, Facebook dan sebagainya.
Juga jika anda telah mengubah settings Windows dan perisian seperti wallpaper, bahasa dalam Microsoft Office - semua ini akan hilang dan anda mungkin terpaksa menghabiskan berjam - jam untuk menetapkan segala - galanya - itu pun jika anda boleh mengingat semua maklumat ini.
KEBURUKAN KE 3 :
Menformat boleh menyebabkan sesetengah peralatan
komputer tidak berfungsi lagi. Diantara peralatan komputer yang sering
menghadapi masalah setelah komputer diformat ialah skrin monitor/laptop,
speaker, fungsi rangkaian dan Internet. Perkara ini terjadi kerana kesemua
peralatan ini memerlukan sejenis perisian kecil
yang dipanggil driver untuk berfungsi dengan betul.
Apabila komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan
seringkali tidak dipasang semula secara automatik. Akibatnya komputer akan
berada dalam keadaan separa berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer
mungkin tidak normal, speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak
akan dapat akses rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda
sering perlu memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet
sebelum komputer boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.
KEBURUKAN KE 4 :
Menformat
komputer boleh membatalkan jaminan. Jika anda membeli komputer berjenama
seperti HP, Dell, Acer, Toshiba dan lain - lain kemungkinan besar komputer anda
tiba dengan jaminan perisian. Jika anda menformat komputer dalam tempoh
jaminan, anda mungkin akan membatalkan jaminan tersebut.
Akibatnya anda tidak
lagi layak menerima sebarang khidmat jaminan percuma untuk masalah komputer
anda. Oleh itu jangan sekali - kali menformat komputer dalam tempoh jaminan.
KEBURUKAN KE 5 :
Menformat
komputer bukan murah. Bagi anda yang sering menghantar komputer ke kedai untuk
diformat, anda boleh membelanjakan sehingga ratusan ringgit setiap kali
menformat komputer.
Wang sebanyak itu lebih baik digunakan untuk mengikuti
kursus komputer yang berfaedah atau dijadikan simpanan.
Ikhlas..
Mohamad Ezani Ismail
p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu
melalui post ini :)
Inn shaa
Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.
Comments
Post a Comment