Akibat Duduk Terlalu Lama Di Depan Komputer

Duduk di depan komputer sepanjang hari? Isshh… Bahayalah! 

Terutamanya kepada pengguna komputer yang tegar..





Kenyataan sebegini, mungkin anda sudah biasa mendengarnya.  Sungguhpun begitu masih ramai pengguna komputer yang tetap menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer dan mengabaikan maslah kesihatan jangka panjang yang bakal dialaminya.

Terlalu lama duduk di depan komputer atau laptop sebenarnya boleh membunuh anda secara perlahan-lahan. Apatah lagi, anda yang ketagihan  ‘game online’ ataupun jaringan sosial sehingga anda lupa telah berapa anda lama duduk menghadapnya.

Anda yang memperuntukkan waktu lima hingga sepuluh jam di depan komputer paling mudah diserang sakit kepala, ketegangan mata, sakit pinggang serta belakang, sakit leher atau tengkuk, kebas di punggung, pergelangan tangan dan jari.


Ada beberapa tips agar terhindar daripada gangguan kesihatan dan tetap sihat bekerja di depan komputer pada setiap hari.

1. Mengatur letak dan pencahayaan monitor
Monitor harus dietakkan selari dengan mata, dan jaraknya sekitar sepanjang lengan dari mata. Perhatikan pencahayaan dalam ruangan. Sesuaikan kecerahan layar, kontras, posisi, tinggi dan lebar gambar pada layar anda.

2. Penempatan keyboard
Keyboard juga harus boleh membuat pergelangan tangan anda berasa selesa dan tidak lenguh. Sesuaikan letak keyboar pada posisi yang baik untuk menaip. Cubalah untuk menjaga pergelangan tangan anda agar lurus ketika menaip.

3. Kedudukan mouse
Penggunaan mouse yang terus menerus boleh menyebabkan rasa sakit dan kebas-kebas di jari-jarik tangan, pergelangan tangan atau lengan. Posisikan mouse agar mudah dijangkau, sehingga boleh digunakan dengan pergelangan tangan yang lurus. Biarkan lengan anda selesa di meja.

4. Posisi Duduk
Disebabkan beban kerja dan deadline yang singkat, pengguna computer cenderung terus bekerja dalam posisi yang tidak selesa. Perkara ini sangat penting untuk dipastikan posisi duduk.  Hindari duduk dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama. Atur letak keyboard, mouse sehingga adan berasa selesa. Berikan ruang kaki yang cukup untuk bergerak bebas.

5. Mengatur fokus mata
Terlalu banyak menatap monitor boleh menyebabkan ‘computer vision syndrome’. Pengguna computer mungkin akan berasa sukar fokuspada objek, ketika tiba-tiba memalingkan mata daripada komputer. Jadi , cubalah untuk mengatur fokus mata anda dan jauhi daripada layar. Ia  bukan setakat membantu mencegah kepenatan, tetapi penting untuk variasi visual dan mental.

6. Beristirahat seketika
Berdirilah sebentar atau melakukan aktviti sederhana setiap 30 minit sekali untuk merilekskan tubuh anda. Sesekali cuba ayun lengan anda atau menggerakkan kepala anda ke kanan dan kiri. Selain itu, minumlah lebih banyak air

Perkara ini akan membuatkan anda untuk lebih kerap berdiri walaupun hanya sekadar mengambil air atau pun berjalan ke tandas. Secara tidak langsung, ia akan melegakan tubuh anda daripada terus ‘keras’ duduk menghadap komputer.

Tips ini agak kecil tapi besar impaknya...
Ingatan kecil dari saya.

Membantu tak?

Semoga Bermanfaat,
Mohamad Ezani Ismail a.k.a EMBiz

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :) 

Inn shaa Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.

Comments

Popular Posts