Macam Mana Nak Cepatkan Video YOUTUBE ANDA
Anda sudah jemu dengan video Youtube yang perlahan?
Adakah anda inginkan satu cara
mudah untuk mempercepatkan video Youtube anda.
Sekarang memang
anda! Baca dan ketahui rahsianya.
Youtube adalah diantara tapak web yang paling popular di Internet
Dengan berjuta -
juga video dari segala jenis topik yang boleh dibayangkan, ianya dilayari oleh
jutaan orang setiap hari. Namun salah satu masalah dan rungutan pengguna yang
paling kerap kedengaran ialah video Youtube seringkali amat perlahan untuk
dimuatkan.
Anda mungkin pernah mengalami situasi di mana video Youtube
mengambil masa agak lama untuk bermula. Yang kelihatan hanyalah logo
bulat loading yang berpusar - pursar dan memeningkan
kepala. Apabila video mula bermain, ialah sering tersekat - sekat dan logo loading kerap
muncul kembali.
Terdapat berbagai sebab mengapa video Youtube dimainkan
perlahan.
Di antara sebab - sebab yang paling utama ialah:-
- Kelajuan Internet anda adalah kurang dari 512kbps. Kelajuan ini dianggap minima untuk memainkan video Youtube dengan agak sempurna.
- Anda berkongsi talian Internet dengan orang lain. Ini terutamanya benar jika anda menggunakan Internet di tempat awam seperti di restoran. Lokasi sedemikian memang tidak sesuai untuk menonton video Youtube.
- Usia komputer anda sudah lebih 7 tahun. Komputer yang sebegini tua tidak akan dapat memainkan kebanyakan kandungan media terkini di Internet. Anda tahu sahaja apa yang anda harus lakukan.
- Anda tidak menggunakan perisian Internet yang terkini. Perisian yang dimaksudkan ialah browser Internet dan perisian Adobe Flash Player. Adobe Flash Player diperlukan untuk memainkan kebanyakan video di Internet - termasuk di Youtube.
- Komputer anda dijangkiti spyware dan virus yang mencegah video Youtube dari dimuatkan dengan lancar. Untuk mengatasi masalah ini pastikan anda mengimbas komputer anda dari masa ke semasa dengan perisian antivirus dan antispyware.
Ikhlas ..
Mohamad Ezani Ismail a.k.a EMBiz
p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu
melalui post ini :)
Inn shaa Allah, akan lagi bertambah ilmu kita.
Comments
Post a Comment