Shrink Volume & Add New Partition HDD

Ramai orang pm/email saya tanya macam mana nak buat partition baru dalam Hard Disk, sebab sekarang ni kalau baru beli hard disk dan kebanyakannya bila buka hanya ada satu partition. 

So harini saya nak kongsikan caranya, sapa-sapa mau create partition baru boleh cuba cara ini. (internal HDD atau External HDD pun boleh buat cara ini).

Ikot step ini yea:-
A – Shrink Volume atau bahasa biasa iaitu bahagikan space ada satu drive ke satu bahagian baru.
B – Add New Partition pula

1) my computer > right click > manage.  (nanti akan keluar computer management)



2) pergi dekat storage > disk management. (akan keluar pula semua drive termasuk drive dlm internal hdd mahupun external hdd)



3) pilih drive mana yg nk dibuat shrink/nak dibahagikan, right click dan tekan shrink volume.



4) nanti akan keluar pula "Total size before shrink in MB, Size of available shrink space in MB, Enter the amount of space to shrink in MB & Total size after shrink in MB". 

Masukkan berapa nilai yg awk mahu utk shrink dlm MB dan tekan shrink tunggu sehingga selesai.



5) right click pada bahagian/drive yg baru shrink tadi dan pilih “New Simple Volume”.



6) apabila keluar New Simple Volume Wizard tekan next.



7) masukkan berapa nilai yg awk mahu utk buat pada partition baru itu dlm MB dan tekan next.



8) kemudian anda boleh pilih/setkan partition baru tersebut pada drive apapun yg anda mahukan selagi huruf drive itu tidak digunakan pada drive lain di dalam pc/laptop anda dan tekan next.



9) keluar “Format Partition” anda bolehlah rename ikot kesukaan anda di ruangan “Volume Label” dan teruskan tekan next.



10) tekan “Finish” tunggu sehingga selesai.



11) Akan keluar “Auto Play” dimana nama drive yg anda setkan tadi (drive F) akan terpapar menandakan ianya sudah berhasil.



12) Akhir sekali anda bolehla buka “my computer” dan drive baru/partition baru anda create tadi akan terpapar.



SELESAI...



Salam Kejayaan dari saya,
Mohamad Ezani Ismail

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :)

Comments

Popular Posts