UiTM Shortcut Remover Cara Pantas Tangani Virus Shortcut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya ada share tentang cara kembalikan "File Dlm Pendrive & Laptop Jadi Shortcut" dengan menggunakan "CMD" atau nama lain Command Prompt. Ianya agak rumit jika anda tidak biasa menggunakan cmd, sebaliknya bagi sesiapa yang selalu menggunakan cmd akan rasa best menggunakan cara tersebut.

Di sebabkan ramai yang tidak biasa dengan cmd, maka anda juga boleh menggukan software "UiTM Shortcut Remover" ini bagi memudahkan kerja anda. Hanya dengan beberapa langkah sahaja.

Langkah 1 :
Anda hanya perlu download software UiTM Shortcut Remover  >>>  DI SINI




Langkah 2 :
Selesai download akan dapat satu zip file yang mana di dalamnya ada dua file seperti gambar di bawah




Langkah 3 :
Klik file yang bertajuk Virus Shortcut Remover v3.exe, akan keluar paparan seperti gambar di bawah




Langkah 4 :
Pilih sendiri samaada mahu buang virus di dalam pendrive atau komputer anda. Klik atas petak pilihan anda. Seterusnya akan keluar seperti gambar di bawah.

Device Pendrive

Device Komputer


Langkah 5 :
Untuk pendrive anda perlu Select Device dulu kemudian tekan Scan, nanti akan keluar satu popup Are you sure to scan this device? amda hanya perlu klik Yes.

Untuk komputer pula anda terus klik pada Scan. Tunggu sehingga selesai dan anda boleh terus tekan delete.
.
.
.
SELESAI..




Tips :
  • Untuk mengelakkan daripada terjadi atau merebaknya VIRUS ini, anda disarakan install perisian Anti-Virus seperti Avast, Kaspersky, Avira dan sebagainya yang terkini.
  • Jangan download fail-fail yang sumbernya tidak diketahui atau mencurigakan.
  • Jangan cucuk pendrive anda pada komputer yang telah dijangkiti shortcut virus.

Salam Kejayaan dari saya,
Mohamad Ezani Ismail

p/s: Share pada kawan-kawan jika anda belajar sesuatu melalui post ini :)

Comments

Post a Comment

Popular Posts