Tips Jimat Menggunakan Printer

Teringat zaman dulu2, lepas je abis belajar diploma sy minta kerja dekat salah sebuah kedai komputer di pusat bandar Pasir Puteh, Kelantan...

Masa tu korang mesti tak percaya, gaji sy hanyalah RM400 sahaja sebulan... saya sendiri pun xpercaya sebenarnya tapi disebabkan baru tamat belajar sy kerja sajalah dulu dekat sana... pejam celik pejam celik dekat 1 tahun lebih juga la kerja dkt sana, lps tu sy minta kerja tmpt lain..

Ehh, terlebih cerita la pula...

Okay, masa kerja dekat sana sy ditugaskan sebagai juruteknik komputer..

Shoplot kedai 2 tingkat dimana dibawah ialah cyber cafe, jualan pelbagai produk berkenaan komputer termasuk printer, fotostat dan stationary...

Tingkat atas pula adalah tempat sy iaitu pusat servis komputer.. banyak juga la nak kena mengadap longgokan komputer yang rosak setiap hari... cuma kadang2 ada juga time sunyi, so bila tiada kerja2 servis sy akan turun kebawah untuk menolong jualan..

Masa itu ada ramai pelanggan datang nak beli printer, so apa lagi sy jadi penasihat la kpd diorg sebelum diorg membelinya...

Setelah mendengar penjelasan sy, diorg boleh membuat pilihan sendiri nak printer yang mana..  disini kami dilatih bukan untuk menjual, akan tetapi untuk menyelesaikan masalah pelanggan !!
Itu matlamat utama kami, bila pelanggan rasa selesa diorg akan buat pilihan sendiri.

Dibawah antara pertanyaan pelanggan kepada sy, sebelum ni hanya terangkan face to face sahaja tapi harini sy rasa perlu tulis satu artikel ini untuk dikongsikan bersama korang semua... Supaya bermanfaat untuk korang yang nak cari printer nanti ya ...




PERTAMA : APA TUJUAN / KEGUNAANNYA

Pertama sekali sy akan tanya apakah tujuan korang nak beli printer? Adakah utk kegunaan peribadi @ kegunaan pejabat? supaya printer yg korang cari sepadan dgn keperluan korang.
Jika untuk kegunaan pejabat, sy cadangkan printer laser kerana ianya sesuai untuk kegunaan lasak dan banyak.


KEDUA : BERAPA KERAPKAH JUMLAH PERCETAKAN

Sememangnya yang kita ketahui, jika untuk kegunaan pejabat sudah tentu jumlah cetakannya agak banyak dan kerap berbanding kegunaan peribadi.. Kadang2 ada juga yang guna untuk peribadi tapi cetakan banyak seperti yang buat bisnes online dari rumah... So sy cadangkan korang guna printer jenis laser atau printer dakwat murah (ink efficient).

KETIGA : APA FUNGSI YANG DIKEHENDAKI

Ada beberapa fungsi pada printer antaranya :-
  • satu fungsi iaitu print sahaja.
  • 3 in 1 iaitu print, scan & photostat.
  • 5 in 1 iaitu print, scan, photostat, fax, wifi & bluetooth.
tapi yang paling famous dan paling bnyk digunakan sekarang ialah 3 in 1... kerana printer 5 in 1 harganya masih melambung tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh sesetengah pengguna..

KEEMPAT : KOS PENJAGAAN YANG BAIK

Seperti yg korang sedia maklum lah, printer laser agak mahal harga tonernya berbanding printer biasa.. Oleh itu sy syorkan hanya utk kegunaan pejabat sahaja...
Bagi printer tangki luar pula ianya agak cerewet utk penjagaan, pastikan korang tahu baik buruknya dulu... cuma skrg ni bnyk printer dakwat murah yg tangki terus didalam printer seperti Brother, canon, yg ini agak baik la berbanding dakwat luar macam dulu2...


KELIMA : WARANTI

Selalunya printer akan dapat 1tahun jaminan, tapi sekarang ini ada juga yg memberi 3tahun jaminan... so nasihat sy pastikan korang tahu status waranti setiap printer dan cara utk menebus waranti tersebut sebelum membelinya...

BONUS : TAK PERLU BELI PRINTER 5 in 1 PUN BOLEH PRINT GUNA NETWORK SHARING

Korang tahu tak, skrg ni zaman dah canggih... bnyk betul perubahan berkembang pesat mengikut kemodenan arus... skrg ni ada cara bagaimana nak print guna network saja tanpa perlu guna cable, siap boleh print melalui smarphone lg tau dan tanpa perlu beli printer mahal yang ada wifi or bluetooth..

Korang boleh baca artikelnya >>>DISINI<<<
sy dah siap sediakan gambar step-by-step utk korang setting. senang je xsusah pun..
tengok dan terus setting tau.

Ok lah korang yea, 
sampai sini dulu artikel sy utk kali ini...
semoga bermanfaat buat pembaca semua! 


Salam Kejayaan, 
Mohamad Ezani Ismail 

Comments

Popular Posts